NADI MAHIR - Ihya Ramadan: Jom Mengaji @ Nadi (Tadarus Al-Quran)
28 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2026, telah berlangsung NADI MAHIR - Ihya Ramadan: Jom Mengaji @ Nadi (Tadarus Al-Quran). Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan tajwid bersama ustaz tajwid, yang disertai dengan tazkirah ringkas untuk pengisian rohani di bulan Ramadan.
Sepanjang program ini berlangsung, peserta bersama Ustaz Azam Din membaca Surah al-Fatihah dan beberapa ayat daripada surah al-Baqarah. Seterusnya, lima Peserta meneruskan bacaan mengikut surat yang ditetapkan bersama Ustaz Adam Din secara Live. Akhir sekali, semua peserta meneruskan bacaan mengikut surat yang ditetapkan.
Dengan adanya program dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: